Content

Login





Remember me

Lost Password?
Register now!
ALUAN PENGETUA
Kata Aluan Tuan Pengetua SMK Dato' Bijaya Setia 2010

 

 

 

     Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,

     Syukur alhamdulillah kerana akhirnya laman web sekolah berjaya diaktifkan semula. Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak

    Dalam laman web ini terakam sejarah sekolah, pentadbiran sekolah, misi dan visi yang ingin dicapai oleh seluruh warga sekolah. Segala kegiatan warga SMKDBS, kejayaan-kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum terangkum dalam laman web ini.

Dengan adanya laman web ini, sekolah akan lebih dikenali dan disegani serta terus berdaya maju dalam melahirkan insan yang cemerlang.

     Dunia Pendidikan hari ini sentiasa menjadi perhatian semua lapisan masyarakat. Oleh itu warga SMKDBS terus berpadu tenaga dan bersatu hati untuk meninggikan kualiti pendidikan dan insan.

Aktiviti-aktiviti yang memfokuskan kecemerlangan minda berorientasikan semangat maju diri terus ditingkatkan.

SMKDBS terus berusaha melahirkan insan cemerlang yang bukan sahaja ditandai dengan sejumlah A tetapi pada masa yang sama termanifestasi kebestarianya, mempunyai budi pekerti yang baik, beradab dan sekali gus berkeupayaan menjadi pemacu yang mengangkat martabat bangsa.

     Akhir kata, syabas dan tahniah kepada pihak yang membina dan mereka bentuk laman web ini.

Sekian, terima kasih.


 PN. HABIBAH BT. OTHMAN
 
 Pengetua
 
Sek. Men. Keb. Dato'  Bijaya Setia,
 Sungai Petani.
 Kedah Darul Aman.

    


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

PENGUNJUNG

5 user(s) are online (2 user(s) are browsing Content)

Members: 0
Guests: 5

more...

LOGIN TERKINI

emilia89 2010/9/5
pkpi 2010/8/1
hanim 2010/7/21
rostam 2010/6/13
UKF 2010/5/7