Content

Login





Remember me

Lost Password?
Register now!
SEJARAH

IMBASAN SEJARAH

 

Diasaskan pada tahun 1962 dan dikenali sebagai Sekolah Pelajaran Lanjutan. Mulanya menggunakan bangunan dan kawasan S.R. Ibrahim(waktu petang). Kemudian berpindah ke kawasan yang sekarang ini terletaknya S.K. Khir Johari. Bilangan guru pada masa itu ialah 8 orang dan bilangan pelajarnya pula 323 orang dan dibahagikan kepada 8 kelas. Pn. Chung Swee Wah ialah guru besar atau pengetuanya yang pertama. Pengerusi Lembaga Pengelola ialah mendiang En. Lau Cheng Im, AMN., PCK.,PK.

Awal September 1962, sekolah ini dipindahkan ke Batu Dua, Jalan Kuala Ketil dan diberi nama Sek. Men. Batu Dua. En. Toh Teong Hoe telah dilantik menjadi Guru Besar menggantikan Pn. Chung Swee Wah yang terpaksa mengikut suaminya bertugas di tempat lain.

1963, bilangan guru meningkat menjadi 18 orang dan bilangan kelas pula telah meningkat kepada 13 bilik.

1964, pelajar berkurangan kepada 190 orang kerana ramai ibu bapa lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah persendirian kerana bidang kurikulum di sekolah ini tidak memenuhi hasrat atau kehendak mereka.

Penghujung 1964, kerajaan telah memperkenalkan sistem pendidikan komprehensif. Peperiksaan MSSEE telah dihapuskan dan kini pelajar-pelajar dari sekolah rendah dapat masuk ke sekolah menengah secara automatik.

Februari 1980, En. Karthar Singh, PPN, PJM, telah menjadi Pengetua sekolah ini menggantikan En. Toh Teong Hoe. Apabila En. Karthar Singh bertukar pada 30 Jun 1982, En. Azmi Abu Samah pula menggantikan tempat beliau.

1967, Bilangan pelajar bertambah menjadi 675 orang.

1987, Bilangan pelajar meningkat menjadi 1,131 orang dengan tenaga pengajar seramai 53 orang.

1966, dua buah bangunan tambahan didirikan untuk bilik pertukangan kayu, logam, power mekanik, bilik amali elektrik, dua makmal sains dan dua buah bilik sains rumahtangga. Sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi enam buah bilik darjah dan tiga buah bilik makmal sains didirikan. Bangunan ini mula digunakan pada bulan Januari 1983 setelah sekolah ini mewujudkan sebuah kelas untuk tingkatan empat sains. Dengan adanya kelas aliran sains di sekolah ini, pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian mereka di dalam aliran ini tidak perlu lagi berhijrah ke sekolah-sekolah lain.

Sekolah ini dibuka secara rasmi pada 5 Oktober 1967 oleh Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Y.B En. Mohd Khir Johari Al-Haj. Pada tahun 1966, gelanggang bola keranjang telah dibina dan perbelanjaannya adalah sumbangan guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. Selain dari bola keranjang, gelanggang ini juga boleh digunakan untuk bola tampar. Bila padang basah, pendidikan jasmani juga boleh diadakan di gelanggang ini. Kemudian pada tahun 1971, dua buah gelanggang telah dibina di antara bangunan A dan bangunan B.

Perpustakaan sekolah ini mula diwujudkan pada tahun 1967 dengan menggunakan bilik stor. Selepas itu ditempatkan pula di dua buah bilik di bangunan A. Bilik perpustakaan ini dilengkapkan dengan alat hawa dingin dan sekolah ini menjadi sekolah pertama di Kedah Tengah di mana perpustakaannya menyediakan kemudahan tersebut. Tujuannya ialah memberi keselesaan kepada para pelajar yang menggunakannya di samping untuk mengurangkan kebisingan daripada jalan raya berhampiran.

1966, kawasan belukar di sebelah sekolah dibersihkan untuk dijadikan padang permainan. Sekolah ini mempunyai sebuah padang bola, hoki, bola jaring dan kawasan seluas 300 meter untuk sukan.

Penukaran nama baru sekolah

Dengan inisiatif bekas Pengetua iaitu Tn. Hj. Suhaimy Hj. Zakaria BCK, nama sekolah ini telah ditukarkan namanya daripada Sek. Men. Batu Dua kepada Sek. Men. Dato' Bijaya Setia. Perasmian penukaran nama baru ini disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Paduka Hj. Osman Hj. Aroff, DHMS., DSDK., JMN., Menteri Besar Kedah pada 19 September 1985 bersamaan 4 Muharam 1406 Hijrah

Pentadbiran Tn. Hj. Suhaimy berakhir apabila beliau dinaikkan pangkat ke sekolah lain dan diambil alih oleh En. Shiratuddin Hj. Abdul Kadir pada tahun 1992. Kedatangan beliau telah berjaya membawa perubahan yang ketara. Pelbagai projek telah dilaksanakan antaranya mengadakan Hari Kokurikulum dan projek kutipan derma untuk membina surau. Sebuah bilik kecergasan juga telah dibina hasil projek Jogathon. Bilik kecergasan ini dibina bagi menempatkan peralatan-peralatan sukan yang disumbangkan oleh Majlis Sukan Negara di samping dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti kecergasan.

1 Februari 1995 berlaku sekali lagi pertukaran pucuk pimpinan sekolah, apabila En. Shiratuddin bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan. En. Ramli Ariffin memegang teraju pimpinan sekolah ini. Dalam masa yang singkat beberapa perubahan telah dilakukan antaranya memindahkan pejabat ke tingkat atas di bangunan A kerana kedudukan ruang pejabat di tingkat bawah amat tidak sesuai memandangkan sekolah ini sering dilanda banjir terutamanya pada musim hujan. Manakala Pusat Sumber yang terletak di tingkat atas telah dipindahkan ke tingkat bawah. Pada masa ini juga pembinaan surau telah siap dan mula digunakan. En. Ramli telah berusaha menambahkan ruang tempat letak kereta sementara untuk guru-guru dan jalan utama masuk ke kawasan sekolah telahpun ditarkan. Pintu besar dan pagar sekolah juga diperbaiki. Taman-taman mini diwujudkan dan tahap keceriaan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ruang untuk guru di kantin disediakan pada tahun 1998.

Sesuatu yang membanggakan ialah apabila sekolah ini berjaya menempa sejarah menjadi Johan dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah Peringkat Daerah Kuala Muda/Yan untuk lima tahun berturut-turut. Antara projek-projek lain yang telah diadakan ialah projek Cleanthon I,II III dan One Cent A Day yang bertujuan meningkatkan kebajikan pelajar, memupuk sifat sayangkan sekolah dan meningkatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Tandas pelajar lelaki di blok C dibaikpulih dengan kutipan Cleanathon III yang dilaksanakan pada tahun 1999.

Dengan pertambahan pelajar dari setahun ke setahun menyebabkan sekolah ini dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A pada tahun 1994. Bilangan pelajarnya pada tahun 1996 ialah 1,889 orang. Bilangan pelajar pada bulan April 1999 ialah 2416 orang.

Awal tahun 1999,sebuah cawangan telah ditubuhkan di bawah pengawasan En. Md Nasirudin Musib dan Pn. Hatun bt Man serta empat belas orang guru. Cawangan tersebut terletak di Jalan Sekerat berhampiran dengan pejabat PPD,KM/Y. Pelajar-pelajar daripada cawangan tersebut telah dipindahkan ke sekolah baru iaitu SMK Taman Ria, Sungai Petani pada awal tahun 2000.

En Ramli Ariffin telah di gantikan oleh Puan Vasugee a/p Munusamy apabila beliau bersara wajib pada 9 September 2000. Di bawah pengetua Puan Vasugee a/p Munusamy SMKDBS telah mengalami perubahan yang radikal. Sesuai dengan zaman IT, sebuah makmal IT telah siap dibina dan telah mula beroperasi. Sebuah bangunan empat tingkat sudah siap dan dibuka pada awal tahun 2003. Bangunan ini menempatkan bilik guru, pejabat, sebuah pusat sumber dan ditingkat bawahnya sebuah pentas terbuka serbaguna. Padang sekolah juga telah di baik pulih dimana ia telah ditambak setinggi lebih kurang dua kaki supaya ia menyerap air dengan lebih cepat sekiranya hujan turun dengan lebat.

Pada 16 Oktober 2005, Tn. Hj. Mohd Noor b. Salleh telah ditukar ke sekolah ini untuk menggantikan Pn. Vasugee yang bersara wajib.

Pada 1hb. Oktober 2006, Tn. Hj. Mohd Noor telah bersara wajib dan diganti pula dengan Tuan Haji Omar Bin Abd. Rahman.

Penyelengaraan, pemulihan ICT mula dijayakan dan penggunaan secara menyeluruh e-mail telah dibuat dibawah pimpinan Tuan Haji Omar Bin Abd. Rahman.

SMKDBS akan terus melangkah mengharungi arus perdana dunia.

    


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

PENGUNJUNG

8 user(s) are online (5 user(s) are browsing Content)

Members: 0
Guests: 8

more...

LOGIN TERKINI

emilia89 2010/9/5
pkpi 2010/8/1
hanim 2010/7/21
rostam 2010/6/13
UKF 2010/5/7