Content

Login





Remember me

Lost Password?
Register now!
LENCANA

LENCANA, BENDERA DAN LAGU SEKOLAH

 

 

LENCANA SEKOLAH

Struktur, Komposisi dan Takrif

Lencana sekolah berbentuk perisai. Bentuk ini melambangkan pertahanan diri dalam mencapai kejayaan hidup.

Dibahagian bawah lencana terdapat simbol BUKU yang melambangkan sumber ilmu pengetahuan. Simbol OBOR dibahagian tengah lencana melambangkan ketabahan dan kecekalan dalam membina ilmu sementara dibahagian atas obor terdapat bulatan warna putih bergerigi tiga, melambangkan kejayaan yang seimbang bagi seseorang individu iaitu dari segi rohani, jasmani dan mental.

Di kedua-dua belah obor tersebut terdapat simbol ranting PADI MASAK yang melambangkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi bukan sahaja kepada peraturan dan undang-undang sekolah tetapi juga kepada negara.

Di bahagian atas lencana terdapat singkatan nama sekolah iaitu S.M.K.D.B.S sementara di bahagian bawah lencana terdapat moto sekolah iaitu BERTEKUN HINGGA BERJAYA.

BENDERA SEKOLAH

Bendera Sekolah Menengah Kebangsaaan Dato Bijaya Setia berwarna putih dengan lencana sekoalah dbahagian tengahnya.

Warna dan Takrif:

Putih : Melambangkan kemurniaan ilmu pengetahuan.

Biru : Melambangkan kesejahteraan hidup yang seimbang merangkumi aspek jasmani, rohani dan mental.

Merah : Melambangkan kecekalan dan ketabahan dalam menuju kejayaan.

Kuning : Melambangkan kesetiaan kepada peraturan dan undang-undang sekolah

 

LAGU SEKOLAH

BERTEKUN BERJAYA

Masa hadapan penuh cabaran
Tekun usaha tuju kejayaan
Inilah prinsip jadi amalan
Jaya diri jadikan panduan,

Bersatu bekerjasama
Itulah tekad dan azam kita
Sumbangkan apa yang daya
Curahkan bakti kita bersama

Sekolah kita maju jaya
Berdiri teguh membina minda
SMK Dato Bijaya Setia
Berjaya terus berjaya.

    


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

PENGUNJUNG

5 user(s) are online (5 user(s) are browsing Content)

Members: 0
Guests: 5

more...

LOGIN TERKINI

emilia89 2010/9/5
pkpi 2010/8/1
hanim 2010/7/21
rostam 2010/6/13
UKF 2010/5/7